 Sekolah Kebangsaan Kempas telah mengadakan Hari Sukan Olahraga Tahunan pada 5 Februari 2008 yang lalu. Majllis berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama yang baik dari ibu bapa,murid-murid dan guru-guru. Acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing dan lontar peluru telah dijalankan lebih awal manakala pada hari Sukan Olahraga Tahunan, hanya acara balapan telah berlangsung. Secara keseluruhan Rumah Laksamana mengekalkan kejuaraan sebagai juara keseluruhan untuk tahun ini. Tahniah diucapkan kepada Rumah Laksamana!! **Banyak gambar menarik sekitar Sukan Olahraga Tahuhan dapat dilihat di ruang Galeri Bergambar.
sue_m on February 28 2008 14:38:02
| ·
|
|