Majlis Anugerah Cemerlang Dan Mesyuarat Agung PIBG 2010
Posted by sue_m on March 22 2010 10:54:32

Ketibaan

     Majlis Anugerah Cemerlang 2009 dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 26 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2010 yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai. Pada Majlis tersebut juga pelantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2010/2011 telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada AJK yang telah dilantik. 

Extended News
Selain majlis Mesyuarat Agung PIBG, Majlis Anugerah Cemerlang turut diadakan untuk memberi pengiktirafan di atas kejayaan murid-murid dalam peperiksaan akhir tahun. Anugerah Cemerlang turut disampaikan kepada murid yang cemerlang dalam UPSR yang mendapat 5A.